Tuesday, October 20, 2009

kau kenal ako..

title tu takde kene mengena dengan apa ako nak tulis ni...
hehe...

benda ni untuk orang pandai sahaja..
kalau korang pandai..
jangan la sisihkan orang tak pandai...
jangan la pandang rendah kat orang tak pandai...
jangan la tak terima idea2 atau cadangan orang tak pandai...

orang tak pandai pon manusia...
manusia ada perasaan...
kalau orang tak pandai tu terasa..
orang yang pandai tu la yang dapat dosa atas apa yang dia buat...

kesian orang yang tak berapa nak pandai macam ako...
macam kawan2 ako...
kalau kau pandai...
kau patutnya tau...
orang tak pandai ni bukan tak pandai sangat...
sampai BODOH dan tak tau apa2...

orang pandai patutnya bagi tunjuk ajar kat orang tak pandai...
orang pandai patutnya ajar la orang tak pandai tentang pelajaran yang dia nak tanya...
ni orang pandai buat cam tak ikhlas je nak ajar..
walaupun dia ajar...
sikap2 macam ni la yang buat ramai orang tak pandai makin jadi tak pandai...
sebab dah malas nak belajar bila dapat kawan yang pandai tapi dot.. dot.. dot..

renung2kan lah...
terutama sekali orang pandai...
kalau orang pandai tu tak tumpukan perhatian masa orang tak pandai nak tanya apa2..
sebab masa tu ramai orang nak tanya soalan berfaedah kat dia...
takpe la gak...
ni tengah free...
tengah borak2 kosong...
gosip2...
bertukar-tukar rahsia...

baik dia ajar orang tak pandai tu tentang pelajaran...
dapat la jugak pahala..
takde la dapat dosa kering sebab gosip2, kata mengata dan lain2

bosannya !!

memang bosan...
lagi2 dah lepas PMR...
keje ako...
online, tengok tv, main ps2 ( controller pon rosak bhai !! )

sesape yang baik hati tu...
yang nak berjalan-jalan...
makan angin, makan hati, makan2..
keluar merayap mana2...
bagitau ako...
lagi2 yang satu sekolah ni... (smks 7)

tau2...
jangan lupa...
dah la ada yang buat open house tak ajak...
(walaupun dia tak baca blog ni ako cakap gak)

kat sekolah ntah ape2 aktiviti ntah..
tak menghilangkan bosan langsung...
baik ako takyah datang sekolah (cam hari ni)
lagi best...
bole tido...
hehe...

btw..
hari ni hari jadi sepupu ako...
dia baru lahir err...
ntah pukul berapa ntah...
mak dia kene operate...
so...
sama2 lah doakan ibu dan anak tidak mengalami apa2 yang buruk...

tahniah kepada mak cik ako...
minggu depan ako pegi melawat..
insya-Allah..

gambar kat hp mak ako plak...
malas nak upload...

Wednesday, October 14, 2009

peperangan

PMR la perangnya...
memang sakit kepala masa jawab kertas yang susah...
nasib baek lah tak banyak yang susah...
setakat ni dah 2 hari pas PMR...
rasa lepas beban seberat 4.435 tan dari otak ako...

sekarang nak enjoy...
honeymoon...
new moon...
ako nak maen game puas...
setelah beberapa bulan tak maen...
ako tao ako makin noob -.-''

kang nervous masa amek result...
erghh...
tapi takpe...
lambat lagi...

9A !!
ako nak kaw dowh... :D

Saturday, October 3, 2009

PMR

PMR ataupun peperiksaan menengah rendah akan menunjukkan batang hidungnye pada hari rabu ni...
sebagai persediaan awal tapi takde lah awal sangat...
pihak sekolah SMK seksyen 7 telah mengadakan majlis solat hajat dan sambutan hari raya pada hari ni.. 3 oktober 2009
majlis tu dimulakan dengan bacaan yaasin, disusuli dengan solat sunat dhuha, taubat dan hajat..

ako di sini menyeru kepada semua para pelajar yang bakal menduduki PMR..
supaya persiapkan diri anda untuk peperangan yang akan kita hadapi pada hari rabu bersamaan 7 oktober 2009...

mulai hari ni...mugkin blog ni akan direhatkan untuk memberi laluan untuk ako membuat persediaan awal untuk PMR..dan beraya...
insyaALLAH akan ada entry baru...

apa2 pun....
doakan kami yang bakal menduduki PMR ni...

ALL THE BEST !!

Monday, September 28, 2009

cinta...

Cinta……
Hanya sekadar mainan jiwa……
Yang hadir tatkala sepi menyerbu jiwa……….

Kerana cinta…..
Akhirnya aku menemui jiwa……….
Yang merentap penglihatan kalbuku……….
Merampas kecerdikan akal ku……..
Menyelubungi rasa bahagia di hatiku……..

Jiwa itu adalah kamu…….
Insan yang diharap bertakhta di hati ini…..
Yang suci menyemai benih kasih dan sayang………

Cinta ini hanya buatmu……
Insan yang telah menawan diriku……..
Keayuanmu membuat aku buta……..
Kecantikanmu membuatkan aku terpinga-pinga……..
Kelembutan mu membuatkan aku terpesona……
Bukan aku ingin memuji akan keindahan mu……
Sekadar bersyukur akan kejadian Maha kuasa……
Yang menjadikan makhluk seindah dirimu……
Yang menarik minatku untuk mengenalimu……….

Namun…….
Adakah dirimu untuk ku………
Hanya Allah yang tahu……..
Bisikan hatiku buat dirimu.



kredit ; Cikgu Shahrul Azwan

trimas cikgu..
ayat cantik !!

Friday, September 25, 2009

jiwang

ako tak tahu ni puisi ke apa..
apa2 pun...
benda ni ako tujukan pada seseorang yang telah menawan hati ako...
tapi dia tak tahu...
ako serbasalah + malu + segan nak bagitau dia...
harap korang leh komen2 mane2 yang ada tersalah tatabahasa ke ejaan ke makne ke...
bacalah :


wajahmu bak bulan purnama ,
putih,bulat dan cantik dipandang ,
tapi sayang ,
kau begitu jauh untuk ku gapai .


ku tahu kita takkan bersama ,
kerna kita sangat berbeza ,
walaupun bertemu ,
ku tetap rindu padamu .




yang benar;
MuaZ

Wednesday, September 16, 2009

RAYA-RAYA

first sekali....

ako bersyukur ke hadrat ilahi..
dah lama ako tak update blog ni...


hmm...
lagi 20 hari nak PMR!!!
takot? tak la sangat...
risau... sure 100%
lagi 3 hari nak raya...
dengan ni ako nak mohon maaf kat insan2 yang sudi lawat blog ni...
kalau ada yang terasa ako mintak maaf..
tapi rasanya takde sebab tak banyak pon yang ako post...
hehe...


lagi satu...
PMR candidates 2009
buat lah yang terbaik masa hitamkan jawapan tu...
takot nanti mesin yang tanda kertas tu reject plak kertas korang..
hehe...


yang paling PENTING!!
nak main mercun elok2..
jangan sampai kena tangkap masok lokap sebab kantoi ngan polis...
jangan plak leburkan tangan korang dengan mercun nuclear buatan sendiri...
dan kalau nak baling mercun biar pakai tangan yang korang tak pakai untuk menulis..



ASSALAMUALAIKUM


*nah kad raya