Monday, September 28, 2009

cinta...

Cinta……
Hanya sekadar mainan jiwa……
Yang hadir tatkala sepi menyerbu jiwa……….

Kerana cinta…..
Akhirnya aku menemui jiwa……….
Yang merentap penglihatan kalbuku……….
Merampas kecerdikan akal ku……..
Menyelubungi rasa bahagia di hatiku……..

Jiwa itu adalah kamu…….
Insan yang diharap bertakhta di hati ini…..
Yang suci menyemai benih kasih dan sayang………

Cinta ini hanya buatmu……
Insan yang telah menawan diriku……..
Keayuanmu membuat aku buta……..
Kecantikanmu membuatkan aku terpinga-pinga……..
Kelembutan mu membuatkan aku terpesona……
Bukan aku ingin memuji akan keindahan mu……
Sekadar bersyukur akan kejadian Maha kuasa……
Yang menjadikan makhluk seindah dirimu……
Yang menarik minatku untuk mengenalimu……….

Namun…….
Adakah dirimu untuk ku………
Hanya Allah yang tahu……..
Bisikan hatiku buat dirimu.



kredit ; Cikgu Shahrul Azwan

trimas cikgu..
ayat cantik !!

0 comments: