Tuesday, November 17, 2009

pelik tapi benar (MATA, OH MATA)




ni lah yang ako kata nak letak tu...
layan sajaaaa..


WOW, BESARNYA !

Jangan terkejut kika anda tersesat di dalam hutan dan tiba2 sahaj sepasang mata yang sangat besar, sedang merenung anda ! Ia bukan hantu tetapi sejenis haiwan yang sangat kecil. Haiwan yang memiliki mata yang paling besar jika dibandingkan dengan saiz tubuhnya ini ialah 'tarsier', sejenis primat kecil daripada famili Tarsiidae, yang ditemui di hutan Asia Tenggara, terutamanya di Kalimantan dan Sumatera. Haiwan ini sangat kecil, dengan berat antara 80 hingga 150 gram sahaja dan sangat aktif pada waktu malam. Semasa waktu siang, anak mata tarsier mengecil hingga menjadi sebesar hujung jarum peniti saja.






PEJAM CELIK, PEJAM CELIK !

Kita semua pernak melihat katak atau kodok, tetapi kita tidak menyedari bahawa ada sesuatu yang aneh berlaku semasa haiwan ini sedang menelan sesuatu. Sebenarnya, ketika katak menelan, matanya akan 'tenggelam' ke dalam lubang yang terdapat pada tengkoraknya. Ini berlaku kerana katak memerlukan otot untuk 'menolak' makanan yang dimakan itu supaya masuk ke dalam tekaknya. Aneh, bukan ? Jadi, lain kali, kalau anda terserempak dengan katak yang sedang makan, cubalah teliti pergerakan matanya. Sudah pasti anda akan lihat katak itu seolah-olah pejam celik, pejam celik semasa menelan !







WAH, BANYAKNYA MATA !

Siapa yang tidak pernah tengok kapis ?? (aku laa) Ia adalah sejenis kerang-kerangan yang banyak terdapat di muara sungai yang cetek, atau di dasar perairan yang dipenuhi rumpai. Saiz purata kais ialah 2 inci dan jangka hayatnya adalah antara 12-18 bulan. Keupayaan kapis memang menakjubkan kerana ia dapat mengepam 14.7 liter air dalam tempoh satu jam untuk membersihkan organ dalaman tubuhnya. Kapis memiliki dua organ dalaman dalam satu tubuh. Ini bererti ia memiliki sperma dan juga telur ! Namun apa yang paling menakjubkan ialah, kapis mempunyai deretan mata halu berwarna biru di sepanjang bibir luar mengikut bentuk cangkerangnya, untuk mengesan pergerakan dan juga sebagai amaran awal terhadap kedatangan musuh. Hebat sekali, ya..

* maaf, tak banyak yang boleh di-google...ni je satu...


EMPAT MATA ?
Cuba anda perhatikan ikan ni (kat bawah). Nampak biasa sahaja bukan ? Sebenarnya, ikan yang digelar 'minnow' yang banyak ditemui di perairan Amerika Selatan ini, memiliki sifat yang aneh pada matanya. Ini kerana, ia memiliki bola mata yang terdiri daripada dua kawasan yang dapat menerima cahaya (retina) . Jadi, ini membolehkannya melihat ke atas dan ke bawah secara serentak ketika ia berenang, sama seperti seolah-olah ia mempunyai 4 mata !! Patutlah ia diegelar 'cuatro ojos' dalam bahasa Sepanyol, yang membawa maksud 'ikan mata empat'...











0 comments: