Monday, November 23, 2009

kenangan semalam

semalam (22/11/09)
ako sangat lah bosan duduk di kampung...
ako cakap lah kat mak ako...
mak ako pon bosan sebenarnya...
dia tanya kat ako..
'nak pergi rumah nurul?' sambil tersenyum...
ako tau maknanya...
hehe :D

tengahari tu...
adik ako mengamuk cam kena masuk setan...
sebab berebut chanel tv dengan ayahnya...
habis ditebas semua pokok...
habis ditebas batu2 sampai kena kereta...
mungkin dia nak perhatian...
lupakan lah dia...
bukan tu ako nak cerita...

petang tu...
kami sekeluarga pergilah ke rumah nurul..
dalam perjalanan takde apa berlaku pon...
ada la satu accident berlaku kat simpang mana ntah...
motor ngan motor...
cantek punya posing motor tu...

tak jauh dari tu...
ayah bersuara...
cakap rumah kawan dia dekat2 situ jugak...
so kitorang pon masuk la...
tapi bukan lalu jalan besar...
lalu jalan kecik...
sebab takut kawan dia nampak...
malas lak nak susahkan kawan dia sebab waktu tu pon dah pukul 6...
nak nyorok la tu kononnya..
sekali tak jumpe jalan keluar...
dah la kecik jalannya...
nak pusing pon tak boleh...
dah cuak sume orang...
terutamanya nenek ako...
nasib baik ada ruang yang cukup2 utk pusing...
phew !!
lega...

kitorang pon sambung la perjalanan ke destinasi...
tak lama tu sampailah kitorang...
tempatnya kat area seberang perak...
rumah felda(mak ako la cakap)..
kecik...tapi mcm seronok duduk sana...
mcm2 ada...

sampai2 je...
kitorang di jamu dengan durian...
gila punya banyak...
ako makan paling banyak...
sebab ako ni hantu durian.. :D
amik kesempatan la ako lepas gian dah lama tak makan durian...
memang sedap...
bukan je durian...
rambutan ngn duku langsat pon ada...
tp ako tibai durian je...
sampai mabuk la gak..

lepas solat maghrib je...
ako sakit perut...
terus hilang mood untuk borak2 dengan nurul...
malu segan pon ada gak...
lagipon ako ni memang orang yang pemalu...
tapi kalau chatting or sms tak malu pulak...
hehe :D

kitorang tengok cerita hantu...
ghost apa ntah...
masa nak balik tu...
wak iezah(mak nurul) tapaukan lah kitorang buah2 tadi tu...
bagi lempok ngn tempoyak...
fuhh !!
banyak gila...

pastu balik...
huhu...
tapi hari tu ako tak borak langsung ngan nurul...
rasa cam...
wth !!
haha...
takpe lah...
tak salah pon..
rasanya lah... :((

harap2 raya haji ni raya kat kampung lagi...
takyah ikot abah...
:D:D:D

Tuesday, November 17, 2009

pelik tapi benar (MATA, OH MATA)




ni lah yang ako kata nak letak tu...
layan sajaaaa..


WOW, BESARNYA !

Jangan terkejut kika anda tersesat di dalam hutan dan tiba2 sahaj sepasang mata yang sangat besar, sedang merenung anda ! Ia bukan hantu tetapi sejenis haiwan yang sangat kecil. Haiwan yang memiliki mata yang paling besar jika dibandingkan dengan saiz tubuhnya ini ialah 'tarsier', sejenis primat kecil daripada famili Tarsiidae, yang ditemui di hutan Asia Tenggara, terutamanya di Kalimantan dan Sumatera. Haiwan ini sangat kecil, dengan berat antara 80 hingga 150 gram sahaja dan sangat aktif pada waktu malam. Semasa waktu siang, anak mata tarsier mengecil hingga menjadi sebesar hujung jarum peniti saja.






PEJAM CELIK, PEJAM CELIK !

Kita semua pernak melihat katak atau kodok, tetapi kita tidak menyedari bahawa ada sesuatu yang aneh berlaku semasa haiwan ini sedang menelan sesuatu. Sebenarnya, ketika katak menelan, matanya akan 'tenggelam' ke dalam lubang yang terdapat pada tengkoraknya. Ini berlaku kerana katak memerlukan otot untuk 'menolak' makanan yang dimakan itu supaya masuk ke dalam tekaknya. Aneh, bukan ? Jadi, lain kali, kalau anda terserempak dengan katak yang sedang makan, cubalah teliti pergerakan matanya. Sudah pasti anda akan lihat katak itu seolah-olah pejam celik, pejam celik semasa menelan !







WAH, BANYAKNYA MATA !

Siapa yang tidak pernah tengok kapis ?? (aku laa) Ia adalah sejenis kerang-kerangan yang banyak terdapat di muara sungai yang cetek, atau di dasar perairan yang dipenuhi rumpai. Saiz purata kais ialah 2 inci dan jangka hayatnya adalah antara 12-18 bulan. Keupayaan kapis memang menakjubkan kerana ia dapat mengepam 14.7 liter air dalam tempoh satu jam untuk membersihkan organ dalaman tubuhnya. Kapis memiliki dua organ dalaman dalam satu tubuh. Ini bererti ia memiliki sperma dan juga telur ! Namun apa yang paling menakjubkan ialah, kapis mempunyai deretan mata halu berwarna biru di sepanjang bibir luar mengikut bentuk cangkerangnya, untuk mengesan pergerakan dan juga sebagai amaran awal terhadap kedatangan musuh. Hebat sekali, ya..

* maaf, tak banyak yang boleh di-google...ni je satu...


EMPAT MATA ?
Cuba anda perhatikan ikan ni (kat bawah). Nampak biasa sahaja bukan ? Sebenarnya, ikan yang digelar 'minnow' yang banyak ditemui di perairan Amerika Selatan ini, memiliki sifat yang aneh pada matanya. Ini kerana, ia memiliki bola mata yang terdiri daripada dua kawasan yang dapat menerima cahaya (retina) . Jadi, ini membolehkannya melihat ke atas dan ke bawah secara serentak ketika ia berenang, sama seperti seolah-olah ia mempunyai 4 mata !! Patutlah ia diegelar 'cuatro ojos' dalam bahasa Sepanyol, yang membawa maksud 'ikan mata empat'...











berkurun lama

perghhh !!!
lamanya ako tak update blog...
dah berhabuk...

start hari ni...
ako akan letak info2 tentang kehidupan kita sebagai manusia...
tapi pasal binatang la yang banyak...
esok ako akan start letak...
:D:D:D